Eyebag merupakan salah satu punca yang menyebabkan seseorang kurang keyakinan untuk berjumpa orang ramai. Ketahui cara untuk hilangkan eyebag dengan pantas dan berkesan.

Cara Hilangkan Eyebag

Zaman sekarang, ramai antara kita sering mengalami masalah eyebag atau lebih dikenali sebagai mata panda. Mana tidaknya, mata merupakan salah satu anggota pertama yang anda sendiri ingin orang lain melihatnya. Tapi bagaimana caranya untuk anda menghilangkan eyebag atau lingkaran yang berada dibawah mata anda?

Bagi anda yang sering berjaga malam sama ada kerana kerja atau terpaksa tidur lewat pasti anda mempunyai eyebag tidak kira ia ketara kelihatannya atau biasa-biasa.

Apa yang perlu anda lakukan untuk menghilangkan eyebag atau lingkaran hitam ini?

Anda boleh amalkan 5 cara ini untuk hilangkan eyebag yang sudah lama menapak dibawah mata anda dan dapatkan kembali mata yang lebih menawan.

Cara Hilangkan Eyebag Menggunakan Uncang Teh

 

  1. Uncang Teh

Tahukah anda uncang teh yang sudah digunakan dapat membantu anda menghilangkan eyebag dan membuatkan anda kelihatan menawan?

Selepas anda merendam teh, uncang teh boleh dibasuh bersih dan disejukkan di dalam peti ais selama 10 ke 15 minit dan anda boleh memakainya dengan meletakkan pada kedua mata anda selama 15 minit sebelum tidur atau selepas banun tidur.

Cara Hilangkan Eyebag Menggunakan Timun

 

  1. 2. Timun

Biasa dengar tentang petua kecantikan menggunakan timun?

Timun sangat bagus untuk merehatkan mata yang pedih dan letih yang menyebabkan terjadinya eyebag dibawah mata anda.

Caranya, hiris timun menjadi kepingan bulat dan letakkan dikawasan eyebag selama 15 minit. Anda boleh lakukan setiap hari.

Air Kosong Membantu Hilangkan Eyebag

  1. 3. Air Kosong

Pengambilan air kosong secukupnya sangat penting bagi memastikan badan mendapatkan air secukupnya. Jika badan anda kekurangan air, ia boleh menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan terjadinya kulit kering dan mempercepatkan proses penuaan.

Jadi anda perlu mengambil air kosong yang cukup setiap hari untu menghilangkan eyebag dan mendapatkan mata yang lebih sihat dan bersemangat.

Minyak Zaitun Menghilangkan Eyebag

  1. 4. Minyak Zaitun

Setiap kali selepas mandi, sapukan minyak zaitun pada kawasan mata dan urut perlahan selama 30 minit.

Kemudian biarkan ia meresap supaya ia dapat bertindak dengan lebih berkesan.

Eye Treatment Hilangkan Eyebag

 

  1. 5. Eye Treatment

Gunakan Eye Treatment merupakan salah satu cara untuk membantu anda menghilangkan eyebag.

Caranya mudah sahaja, anda boleh dapatkan mana-mana Eye Treatment atau boleh cuba YOUTH Restoring Eye Treatment untuk merawat lingkaran hitam bawah mata/ eyebag.

Selamat Mencuba!